ceritera si gadis kecil

#insyaallah*
# Menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi cabaran & rintangan hidup
# Menjadi seorang yg lebih penyabar dan berani
# Menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab
# Menjadi mahasiswi form 6 dan tamat dengan pointer yang baik
# Memiliki lesen
# Memiliki kenderaan sendiri
# Dulu every month shopping, now 4 bulan SEKALI shopping
# Menjadi seorang isteri soleha terhadap suami dan anak *ehh?gurau*
# Menjadi seorang hamba allah yang taat kepada perintahnya.
# Menjadi seorang yg lebih matang & melakukan perkara jihad ke jalan NYA
# Menjadi seorang yang berfikiran luas dan positif
# Kurangkan tabiat menangis dan tabiat berangan
# Stay simple and awesome
# Buang sifat gedik gedik dulu
# Kurangkan tabiat buat lawak yang tak seberapa nak lawak
# Kurangkan pengambilan gula *melalut ni*
# Kurangkan tabiat keluar rumah.
# Dulu makan md chicken every week now SEBULAN sekali *kempunan*
# Lebih bersikap sederhana
# Tidak boros



kotak music





kenapa Hidup begini .
Wednesday 22 May 2013 . 1 word(s) .
assalammualaikum

Hidup ini adalah pilihan. Hanya setiap pilihan pasti ada kesannya. Tidak sebarangan. Harus difikir masak-masak . sering berevolusi tentang diri sendiri. Bertanya mengenai hal-hal yang mebuatkan kita bahagia, senang,dan sedih. Hati ini sudah mula berevolusi. Sedikit demi sedikit perubahan diri. aku tak pasti. Tapi orang sekeliling memerhati. Iman ini sentiasa turun dan naik. ya allah...

Bilamana aku sedang menduduki peperiksaan dengan penuh tekun, aku betul- betul serious. Dalam kelas aku memang tak pernah kenal erti diam. Rasa macam nak menjerit hentak kepala sambil nyanyi lagu rasa sayang sayang hey. Paper perniagaan yang tak pernah senang bagi aku. Tinggal 5 minit sebelum kertas itu menjadi bahan maki hamun aku sendiri. Bermakna betul masa tu. Aku mula rasa rimas. kenapa STPM pada usia remaja ? phuih. tolong sedarkan diri . lima enam tahun lagi kau dah boleh kahwin. yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh paper semester dua dah habis. yeah bukan tanda suka. tanda sedih. rasa rabak. nak nangis. nangis sekuat hati. rasa nak lari kat padang sekolah and jerit sekuaaaaaaaaaaat hati. aku sayang MPM. kertas exam yang sangat ohsem sehingga jawapan aku tulis seolah-olah seperti aku tak belajar. yes. aku banyak main dalam kelas. gelak sini. gelak sana. permainan apa aku buat ni. ya allah. menyesal tak sudah.

Cuti semester 2 diberi masa dua minggu. apakah ini ? aku rasa tak adil. kenapa dua minggu ? aku perlu cuti yang panjang, dua atau tiga bulan ke. stresssssssssss tak bisa hilang dalam dua minggu. aku rasa nak peluk peluk je orang MPM ni. tapi bila aku fikir balik. MPM bagi cabaran. so why not kita tak boleh sahut cabaran tu. kalau nak mula dari senang je pun tak boleh. bak kata pepatah "bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian" cewahhh gitu. Junior lower form dok sebok tanya "kak era stpm ni susah tak"."susah tak form 6 ni?" aku rasa nak ambil microphone and buat annoucment dalam satu blok form six. "Mohon semua lower six berhenti form 6" Bagi aku stpm ni senang. bukan senang apa. senang failed. macam sebelum ni aku pernah cakap dengan my junior "student yang dapat form 6 memang ramai, tapi bila habis form 6 bilangan akan jadi "cipoet" bukan maksud nak menakut-nakutkan . tapi itu realiti. iman kuat ? just go and do it. semester satu yang ala ala relax seperti sedang berhoneymoon dalam kelas. semester dua ? ohh tidak.

Malam semalam. Aku duduk bersendiri , menyepi bagai mati laki. Aku gemar bersendiri. Buat benda yang orang tak suka buat. Malam ini gelap pekat, sejuk. Sambil menghirup milo panas. Setiap tajuk enrty aku reka dengan penuh emosi bagi blog aku yang lemah tak cukup vitamin supaya jadi hotties dan bergaya. Semester dua ni boleh dikatakan aku banyak menangis dalam kelas. aku rapuh. perkara remeh dianggap besar. Biar lah orang nak kata dah besar besar pun kuat menangis. Aku punya perasaan. kau ? sudahlah. Bila aku menangis tiada siapa yang mampu hentikan. melainkan aku.  Bila menangis semuanya dapat lepaskan. stress, kecewa, marah . sedih semuanya bercampur aduk. kau pernah rasa itu ? Habis mata rabak, konon bajet pergi sekolah pakai spec. Nak cover punya pasal. selalunya aku akan pakai spect dalam class. Tapi itu lah aku.

Ada satu ketika. Di mana mood aku yang boleh dikatakan mood yang tak boleh kawal emosi. habis rabak mata aku. mata aku bocor. Macam biasa. hehe. tiba tiba someone sit beside me and she ask me. "are you okey era ?" i dont know how to explain to her. tak mampu nak berkata. Peluk dia dengan seerat yang mampu. tiba tiba, "nah ini untuk era..." dengan mata rabak aku toleh ke arah kanan. ohhhmyygaddd why so sweet my dear. sesi drama peluk memeluk lagi. haha.


tadaaaaa. seee lawakan ? ni yang mata bertambah rabak. menangis sebab terharu. iloveyou my girl.

Okey lah. Nak siap pergi sekolah. Hari ni last paper Art. haa my fav subject. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak mau rabak rabak da. take care. Assalammualaikumwarahmatuallahiwarokatu.


LOVE
E






Thanks for reading :)


Bicara hati
Saturday 9 March 2013 . 0 word(s) .
assalammualaikum,

    Salam diberi dengan penuh kasih sayang. Sila jawab dengan penuh kasih sayang juga. Apa khabar ? ada rindu ? maaf. sekarang aku pula semakin sibuk, Entah apa yang aku sibukkan aku sendiri pun tak pasti. Sudah lama agaknya aku tidak menaip untuk entry blog aku sendiri. Buat masa sekarang aku kena queen control blog sekolah. pening kepala aku dibuatnya. Sedangkan aku tidak pernah terlepas untuk baca setiap entry blog orang lain.

Blog aku sudah berusang, sudah tiada pengunjungnya. Yang singgah hanya beberapa orang, yang dapat di hitung. Terima kasih kepada yang setia. Hai, ingat aku lagi ? Aku Era . Kau ? Mungkin ada yang terlupa. saja nak intro.  Sila jangan gelak... sebab hari ni aku sangat serious,

umur aku dah cecah lapan belas *setengah* masih bisa di gelar remaja ke ? ah sudah. okey aku masih mahu  di gelar remaja. Jiwa remaja terasa memberontak, Ahh gila. Abang mcd yang sangat kacak tadi kenyit mata dekat aku. K memang handsome. Terpikat. Sungguh. Bajunya, mukanya. fuhh. Package. "Tak payah mengada mengada lah kak, Stpm dulu" Pesan ibu, jaga maruah diri yang pasti.


Dunia ini penuh dengan pancaroba. Sungguh. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sambil merenung bintang di langit dan memeluk teddy bear pemberian nabila. Hati aku runsing. Sekejap pejam, sekejap celik. Ahh aku keluar bilik dan online twitter. sungguh aku bosan. penggang phone. nak text dia ke tak nak . aku tekan menu lalu ke messages. CREATE MESSAGE. aku type then aku delete. aku type aku delete balik. macam cicak kobeng betul. lalu batalkan niat. takpelah. bagi dia spent time dengan kawan kawan dia lebih. aku okey. jenis yang tak kisah. Selalunya kalau dia free baru dia text atau call . Bagus MR. A. ni sayang lebih ni :*

Nampak di luar aku senyum. Kepada semua orang, aku memang macam tu. senyum sampai habis urat pada rahang. Tapi dalam hati. Entah. Sedihnya aku bila aku tengok kau online. Aku sedih. Semua orang kau rindu. Semua orang  rindu kau. Memang adil. Tapi tidak rindu itu di tujukan pada aku. Kau janji dengan aku apa ? Tapi kau lupa. sudah la. kita cuba untuk terima kekurangan dan kelebihan.


next chapter : Sedih, bukan aku tapi hati aku. siapa nak pertanggungjawabkan . bukan kerna MR.A tapi kawan aku. Seorang kawan yang mencaci aku pakai baju sekolah. Kalau aku kaya macam kau sudah lama aku masuk kolej. Aku cuma sentap. Bukan sekali kau bikin aku melenting, tapi aku cuba istifar berulang kali setiap kali bertembung dengan kau. ye kau.  Aku masih tak mengerti hina sangat ke masuk tingkatan enam ni. apa lah beza sangat antara kolej berbanding tiingkatan enam. Mungkin cuma yang beza nya kos and cara pemakaian. Mungkin juga bagi kau  memang lucu umur tua bangka macam aku ni masih pakai baju sekolah. Tapi sekurang kurangnya kau respect and berbudi bahasa dengan aku sebagai seorang kawan. Nama kau cantik. tapi sayang tak secantik hati. Tak kesah lah sejauh mana kita belajar, di mana sekali pun kita belajar yang penting kesungguhan dan niat itu penting. aku sentiasa doakan agar hati kau sentiasa terbuka dan berubah. please girl :')

okeylah, magrib menjelma. salam sayang buat kalian. muah kiri muah kanan xoxo
assalammualaikum :*








Thanks for reading :)




Assalamualaikum,

#oldskool

    Demi tuhan aku rindu . Aku rindu nak jadi form 5 . Aku rindu nak jadi budak Sijil Pelajaran Malaysia . Aku rindu nak jadi vandalisme. Aku rindu nak kacau cikgu, Aku rindu nak hug cikgu, Aku rindu
 makcik-makcik kantin *ehh ! jap ni tipu. ehiks. ishh ! Segalanya aku rindu.  

Teringat zaman menengahan kat sekolah  tabiat aku yang suka conteng menconteng kat dinding sekolah, gua gengster dulu. lu tak percaya ? bagus. jangan percaya. waa semput. haha.

nak tengok? ne olehhhhhhhhhh

haha, yela okeyyy

cekidouttt!!!


I
I
I
I
I
I
V

buruk kan? belum siap -.-
(step by step)

*first


*second


*third


tadaaaaaaaaaa!!! terkejut tak? hihi

ada lagi dua dinding, tunggu ya
(scroll bawah sikit)

SECOND WALL

I
I
I
I
I
V

(ekceli tak tahu motif )

and the last 

I
I
I
I
V


and for the last picture



haha, okeyyy sebenarnya taknak tunjuk.

rindu picture bawah ni


   
                                                                    

sorry entry bosan. assalammualaikum.


Thanks for reading :)


My engagement day
Saturday 9 February 2013 . 4 word(s) .
assalammualaikum,



Jika kau suka. Maka benar benar kau ingin kan. Kau bikin aku lemah. Jatuh cinta. Selepas kau memiliki. Langsung kau lupa janji. Itu lelaki. Aku percaya perempuan lain perangainya. Bila perempuan itu terguris hatinya. Lalu menangis di depan lelaki tersebut. Dikatanya 'cengeng' . Dalam dunia, tiada perempuan tiada lah lelaki. Lelaki jika tiada perempuan di sisi. pasti lemah. pasti rumah bersepah. pasti baju tidak di gosok. Pasti makanan tidak terhidang. Tidak bagi perempuan. Hanya perlindungan di tagih. Kasih sayang. Jadi kita saling melengkapi. 




Bangun pagi dan menggeliat,  eyaahhhhhh. Lepas solat subuh sambung tidur balik. Tidur pukul 2 pagi . Mata dah sembam sebab tidur selalu lambat, bangun pun lambat. ngeh ngeh. Bangun dari katil dengan malas tarik handphone dari bawah bantal. Check inbox. lalu di mainkan lagu bruno mars. i love you bro. Indahnya dunia. cuti seminggu di berikan. Duduk di birai katil, tengok cermin, "muka aku ni macam tempoyak basi bila bangun pagi" ikat rambut tinggi tinggi biar nampak comel sikit dan keluar bilik, masuk toilet , tutup pintu toilet gedebang ! Haih dalam toilet pun tak kan nak tahu buat apa jugak ? Haha. Dah keluar toilet dengan sengih nampaklah barisan gigi yang cantik kurniaan tuhan. Lalu dibedal nasi lemak bersama lauk ayam masak merah. slurpp.


Today saya nak cerita about My engagement day. I know it has been a while but here's a treat, Behind The Scenes (BTS) of my engagement day ! mesti semua terkejutkan. actually saya nak minta maaf kepada sesiapa yang tak sempat saya jemput. alololo, jangan menangis . nanti saya bagi kad jemputan . *senyum sikit*


okey, sila besarkan mata anda. hikhik


my engagement ring.
 baju kurung peplum


                                                                          *Tadaaaa * pelamin.


okeeyy . kali ni saya serius.Tunang ? sejak bila pula kan. semua ini tidak benar. saya tidak betunang lagi. Tergedik gedik, terkinja kinja, segala nya lah.  Tajuk entry saya power tak ? troloooooooooooo tolong jangan percaya. *pandang camera dan cakap "WAKENABEB " *haha.  chill okey. semua ini tidak mengena yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. *tetiba*Anyway i want wish happy chinese new year to all may chinese friends, Gong Xi Fa Cai and enjoy to everybody who is celebrating!! *bunga api* yay!

thank you :)
assalamualaikum







Thanks for reading :)


WANITA ISLAM kah aku ?
Thursday 31 January 2013 . 3 word(s) .
assalammualaikum,



 Hati ini tidak mahu berbicara lagi, memikirkan perasaan orang sekeliling untuk di jaga. Tapi hati aku . siapa nak jaga ? aku penat . rapuh kena tomahan. Aku sudah bilang. Berkali kali. Dalam hidup memang tiada peluang kedua. Sumpah. Aku sudah berusaha menjaga semuanya. Menjadi yang terbaik. Aku pohon, Jangan aku, kau hendak peralatkan seperti boneka. Enough. 

Tuhan, seandainya telah kau catatkan untuk aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu . Jika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar tidak terjatuh dalam jurang cinta kearah kemaksiatan, aamiin~

Aku tak pasti kenapa semenjak dua menjak ini fikiran aku melayang memikirkan tentang kematian. aku bingung. Andai kata ini merupakan petanda awal. aku pasrah dan aku redha.  semua orang yang hidup akan mati. Cuma yang membezakan adalah masa dan cara orang itu meninggal.

TUTORIAL VIDEO ?




Aku bukan kedekut nak kongsi ilmu dan aku juga bukan malas nak buat video. Cuma aku rasa rimas. bila updates video kat youtube. ada saja kutukan ini kutukan sana, kadang kala rasa nak tumbuk *debushh* dekat si komen komen yang pandai berbicara negatif. Insyaallah. Tak janji. Buat masa ini, masa mencemburui. nanti era akan buat video. 


 Kadang kadang bila aku naik Lrt terlihat gadis gadis yang bertudung labuh dan memakai purda. Dengan sekilat pantas aku memandang diri aku dari bawah hingga ke atas.  Betul ke cara aku berpakaian ni, ketat sangat ke, sopan ke tak. Hati aku seseolah-olah sedang meneka apa yang ada di fikiran aku. Tapi aku hanya mampu menunduk dan berdoa. Niat di hati mula berubah. aku tak pasti apa yang hati aku nak. aku nak berubah. menjadi wanita islam sebenar. Dulu yang aku tahu memakai tudung sudah mencukupi syarat untuk menjadi wanita islam. tapi sayang. Aku silap tafsir. SubhanaAllah. Tudung pada masa kini, aku nampak lebih kepada trend. kerana ramai gadis bertudung lebih kepada ikutan. Terutama perkembangan luar, yang memodenkan pemakaian hijab,

#Pada suatu ketika......

era : nazlen, form 6 boleh pakai purda tak ?

nazlen: *geleng kepala* kenapa era ?

era : hmm, hehe, nothing. i'm just asking.

Nazlen: cakap lah betul betul kenapa era ?

era: entahlah, era rasa dah sampai seruan. era nak berubah.

Nazlen: what ? era nak pakai purda ? GELAK BESAR.

era: Why ? pelik sangat ke ?

Nazlen:  memang sikit la.

era: It okey. i'm just asking

Nazlen:  okey *smile*

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Teringat kisah silam dulu

-kesalahan budak yang tak berapa nak matang-

* Dulu aku penggemar tegar baju bersinglet. Memang jadi kebiasaan aku. memakai baju bertalikan
 speggeti ni. Nauzubillah, kenapa dulu aku macam ni. menayang lengan, menayang itu, ini.rasa nak menangis pun ada

*Dulu, dengan penuh selambernya pergi tuisyen hanya memakai baju seperti tidak cukup kain ni.  kadang kadang sampai sir. tegur, tapi aku buat "derk". sebab dulu aku lebih selesa pakai macam ni.

Bila teringat kisah dulu, baru kita sedar entah banyak mana lah dosa yang telah kita buat kan. :'/ istifar era. istifar.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Berhijab satu tuntutan kerna Nabi Muhammad SAW bersabda: ' Bahawa anak perempaun apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan"

Terkenang kata-kata Ustaz Don Daniel, yang menyatakan: 
"Lilitlah tudung apa yang kamu nak pakai, asalkan tutup bawah paras dada, pakailah baju jenama apa pun, asal longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh badan keran Islam itu memelihara kaum wanita"

Thank you for reading



Thanks for reading :)


Masih ingat Aku ?
Wednesday 23 January 2013 . 2 word(s) .
assalammualaikum,

awcakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!




      Apa khabar ? Sudah kumpul rindu ? blog ini kian hari kian menyepi kerna di abaikan . Hampir sebulan di tinggalkan. Saya ulang *Hampir sebulan * Laman sosial ini sudah pun bersawang. maaf berjuta kali. actually, memang takda topik nak updates. Bila tak nak updates banyak pula kerenah nak di cerita. okey owner blog ni masih budak sekolah, masih memakai baju sekolah, masih memakai kasut sekolah, dan yang paling penting saya masih pergi sekolah * apa kau merepek era? *


Seperti biasa, homework menimbun, tak lupa juga assigment yang sentiasa melengkapi hari hari ku. *perh ayat* kalau cikgu zawiah baca blog ni, mampuih den. mesti bangga. okey abaikan. Setiap isnin hingga jumaat merupakan rutin harian bangun pagi pergi sekolah. Jarak dari rumah ke sekolah tak da lah jauh mana. setakat gombak setia sampai taman air panas apa lah sangat. ni map nya. 




pertama kali untuk penggal yang kedua.

Perhatian semua, "ekhem ekhem," hehe. Buat kali pertamanya saya nak buat pengumuman dalam blog ni,
Dengar semua orang orang kampung. saya dengan rasa rendah diri ingin mengatakan saya masuk dalam acara ponggal. that all. #IniSemuaPoyo. Ini merupakan pengalaman baru dalam hidup. sebelum ni pernah dengar tapi tak mencuba.


"kita kena buat swimming pool kat situ, lepas tu buat highway 12 tingkat" -.- ada gaya arkitek tak ? haha


 10 minit kemudian *era cepat era cepat* terkebil-kebil nak lukis

Nampak tak betapa semangatnya kita orang ni.  60% hampir siap

haha, muka semua tak boleh cover da, nerves sangat. masa tinggal lagi 3 minit.
*cepat korang cepat korang * ya tuhan rasa nak tercabut jantung di buatnya. thank you so much to all my classmates yang sanggup stayback sampai pukul 4 lebih sebab nak support kita orang. i love you lah~



92 % hampir siap. masa tinggal lagi 1 minit. haaa sumpah kelam kelam kelam kabuttttt sesangat *yeehaa*
and finnally tak sempat nak habis kan. masa mencemburui. it okey. yang penting kerjasama and kita enjoy this game. Totally i'm really happy. thanks you guys. ecpecially, esther, kesa and kavitha *onemalaysiateam*



selepas  menabur beras tu.. kena lah explain. mak aihhhh . cik kiahh nerves tahap DUO tahu tak.
#another teams. seriusly semua lawa lawa semua.


========================================================================
*Pemenang telah di umumkan *
 Alhamdulilah, naib juara. rasa terharu sangat. macam tak percaya pun ada. sebab team lain semuanya hebat-hebat dan hasil dorang cantik berbanding team kita orang. walau bagaimanapun syukran :)


------------CAMERA. ROLL. ACTION------------

nampak tak muka menyerah dan pasrah ni ?

syuai and esther. heee. #teamgegelak
with my kesa. muka macam kajol kan ? pretty

*muka tak puas hati cenggini lah* eeeeee, shahdan !! dengan rasa rendah diri aku nak jadi tinggi macam kau. agak agak bila la aku nak jadi tinggi macam ni. hmm*sayu*

-Tamat-
====================================================================


#MukaPenatBaruBalikSekolah, sekian luahan cerita untuk hari ni. please dont miss me. *haha, perasan *
sekian terima kasih. salam rindu buat readers.


Thanks for reading :)


luahan hati
Thursday 27 December 2012 . 8 word(s) .


Di petang hari. jam 3.45 pm. Mood melayang mabuk kepayang. Assalammualaikum dan hai. Takda apa nak cerita. Cuma sedikit bual bicara untuk hari ini. Bisa ? Maaf kepada pengunjung setia *jika ada* kerana blog serabut ini tidak usah di baca. Bikin buang masa . Sesungguhnya tahap kemalasan sudah sampai tahap maksima semenjak dua menjak dan bermenjak menjak ini. Kau benci aku. Aku dapat rasa tu. Dari cara kau tulis, dari cara kau bicara. Kau benci, kau yang sakit hati tapi aku kesiankan hati kau tu. Kawan dari laman sosial semuanya hipokrit, Aku pun. Aku tak tipu. Tapi sekurang kurangnya aku tak sakitkan hati sesiapa. Aku sampai kadang kadang binggung salah aku apa. Tapi aku diam. Kau masih benci aku. Entah berapa banyak setan berlegar dalam kepala kau. Aku tak tahu kenapa busuk juga hati kau, Aku masih hormat kau. Masih. Orang kata , kau cemburu dengan aku. Cemburu itu muncul untuk apa ? Jelaskan.


Kalau di ikutkan kalender, boleh di kira beberapa hari lagi sekolah di buka. Sekolah ? sudah muak ku dengar. Malahan sudah lali. ada kala rasa nak termuntah *okey ni tipu* kenapa dengan aku . mana semangat berdebar debar yang konon dulu excited bila dengar tentang sekolah. bukan excited apa. cuma perasaan excited beli baju sekolah baru, beg baru, semuanya baru. Dulu juga, azam baru yang kononya membuak-buak pada hari pertama persekolahan mampu mencipta janji manis itu ini pada ibu abah, namun hakikatnya, azam itu terus kecundang hari demi hari. manusia memang begini. Hanya mampu menunding jari dan menyalah semuanya angkara setan. Tapi entah lah. Mungkin juga faktor usia yang boleh di katakan masuk ke alam dewasaan ini yang membuatkan aku rasa macam dah tak ambil kisah tentang sekolah. secara jujurnya aku malas. Apa kau merepek ni era ?


sudah sudah sudah sudahhhhh !! mood demam + selsema + batuk = sungguh menyiksakan. Apa bisa aku buat. hanya mampu menelan ubat yang bikin aku rasa nak termuntah menelannya. iyerrkkk. terima kasih doktor. kerna mengirimkan sejumlah ubat yang bisa bikin aku mati tercekik. haha. maaf . aku tak minta simpati di sini. Aku cuma nak cerita tentang budak muka buku yang awesome. pada mulanya berkenalan di alam maya dan akhir bertemu di alam nyata *ayat skema*





muka control malu cenggini lah. thank you adik nas hadirah yang comel and pemalu orangnya. hihi .from negeri sembilan. sanggup turun kl nak jumpa dengan kakak, terharu sangat and thank you so much untuk present tu. ohhmygooddd comel sangat tau. sampai adik kakak jeles. kweng kweng kweng *happyface.JPG*




            

this is sis aika. comel bukan ? saya akui teramat gembira and seronok sangat bila dapat jumpa dan mula kenal dengan sis ini. sebab kita orang punya minat yang sama dalam snap snap and shopping horlic. Sis ni juga jarang ada kat kl kerna sibuk berjuang demi masa depan di UMT.  and opps sudah berpunya. hihi. anyway thank you so much for the present. sangat terharu, wuuuuuu ;'> *happyface.JPG*

Akhir kata, akan ku simpan sebaik mungkin, sebagai tanda perkenalan kita and persahabatan kita. *rasa nak nangis pula* hihihi. stay simple and matured. konon jadi "fashionista". Semua boleh muntah and untuk yang terakhir ada budak comel rindu kita, Imissyoumore sayang. alololo. comel je fatem cerita dalam blog dia ni. okey lah. tangan nak kebas. thanks you. and assalammualaikum. kalau sayang jawab. kalau tak jawab dosa ,*AHAKS*







Thanks for reading :)




Older Post