ceritera si gadis kecil

#insyaallah*
# Menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi cabaran & rintangan hidup
# Menjadi seorang yg lebih penyabar dan berani
# Menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab
# Menjadi mahasiswi form 6 dan tamat dengan pointer yang baik
# Memiliki lesen
# Memiliki kenderaan sendiri
# Dulu every month shopping, now 4 bulan SEKALI shopping
# Menjadi seorang isteri soleha terhadap suami dan anak *ehh?gurau*
# Menjadi seorang hamba allah yang taat kepada perintahnya.
# Menjadi seorang yg lebih matang & melakukan perkara jihad ke jalan NYA
# Menjadi seorang yang berfikiran luas dan positif
# Kurangkan tabiat menangis dan tabiat berangan
# Stay simple and awesome
# Buang sifat gedik gedik dulu
# Kurangkan tabiat buat lawak yang tak seberapa nak lawak
# Kurangkan pengambilan gula *melalut ni*
# Kurangkan tabiat keluar rumah.
# Dulu makan md chicken every week now SEBULAN sekali *kempunan*
# Lebih bersikap sederhana
# Tidak boros



kotak music





Kini ramadhan hampir menutup tirainya
Wednesday 15 August 2012 . 5 word(s) .
 assalammualaikum.

           alhamdulilah ku ucapkan tanpa berhitung



              ramadhan hampir melabuh tirainya
                                                                  
                                 

               IMBAS KEMBALI




dulu aku jatuh kini aku bangkit. bangkit demi sedikit. kini aku berdiri di atas kaki sendiri.
aku adalah aku. engkau adalah engkau. kita berbeza . mengerti ?



ibu selalu pesan " dulu kita pernah susah, sebab tu kalau kita dah senang sikit kena selalu bersyukur. selalu ingat adik adik. nanti dah besar jangan lupa adik adik "

*walaupun kita tinggal kat rumah yang kecil tapi kita tetap bahagia*

Dulu aku pernah digelar budak. Budak yang tidak mengerti apa apa. hanya tahu menangis dan menghentak kaki sahaja jika menginginkan sesuatu. dulu juga aku suka berpuasa setengah hari. dengan alasan *haus* dan *lapar*

Dulu juga aku seorang yang nakal. suka main mercun . letup sini letup sana . belagak gengster . ala zaman budak budak .

Masa raya dulu juga aku lah yang suka jalan jalan beraya rumah orang, makan kuih, tak sabar nak balik. tuan rumah bagi duit raya. keluar rumah terus buka sampul raya. tengok lima posen je. dengan selamber kata  kedekutnya . itu cerita aku. bila diimbaskan kembali memang lucu.


Masa raya budak yang berambut ikat dua itu jugalah yang selalu suka mengambil barang mekap ibu senyap senyap. habis semuanya rosak . ibu tak marah. hanya mampu berkata *ya allah !* hihi. budak tu juga lah yang suka sengih dan berangan di depan
 cermin . konon nak jadi diva.


kini aku dah dewasa dalam erti kata dewasa yang masih remaja. aku dah lapan belas tahun. bak kata orang dulu  " dah boleh kahwin" aku tak bersedia . mungkin nanti. insyaallah .

aku perlukan kekuatan dan kesabaran, aku perlukan bimbingan . aku perlukan sokongan . aku perlukan teman teman . aku butuh segalanya.

Tahun ni aku beraya dengan bersederhana. sedih betul . entah bagaimana berlaku. baju raya aku semua dah terbuang. adik aku tak sengaja. di sangkanya sampah . benggang rasanya. kecewa pun ada . sedih jangan di bilang . menitis air mata darah sekali pun baju tu tak akan wujud lagi. 
biarlah. aku pasrah. benda nak jadi . redha . dugaan dari allah di saat akhir ramadhan.


sebagai penutupnya cerita ini, saya era qusniza bt mohammed nadzri ingin mengucapkan selamat hari raya . maaf zahir batin buat rakan rakan di muka buku , burung biru (twiiter), blog , form spring , look book , 

sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa, atau apa apa yang menyinggung perasaan, hutang ke . harap di ampuni dan di halalkan. kosong kosong okey ? hee . jadi yang parents yang drive tu hati hati. make sure cukup kan rehat . if mengatuk berhenti lah kat tepi highway tu. makan chew gum ke . and the last

 SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DENGAN SELAMAT!!


SELAMAT MENYAMBUT  HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

ikhlas dari kami sekeluarga.

 % jemputlah datang ke rumah %



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post