ceritera si gadis kecil

#insyaallah*
# Menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi cabaran & rintangan hidup
# Menjadi seorang yg lebih penyabar dan berani
# Menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab
# Menjadi mahasiswi form 6 dan tamat dengan pointer yang baik
# Memiliki lesen
# Memiliki kenderaan sendiri
# Dulu every month shopping, now 4 bulan SEKALI shopping
# Menjadi seorang isteri soleha terhadap suami dan anak *ehh?gurau*
# Menjadi seorang hamba allah yang taat kepada perintahnya.
# Menjadi seorang yg lebih matang & melakukan perkara jihad ke jalan NYA
# Menjadi seorang yang berfikiran luas dan positif
# Kurangkan tabiat menangis dan tabiat berangan
# Stay simple and awesome
# Buang sifat gedik gedik dulu
# Kurangkan tabiat buat lawak yang tak seberapa nak lawak
# Kurangkan pengambilan gula *melalut ni*
# Kurangkan tabiat keluar rumah.
# Dulu makan md chicken every week now SEBULAN sekali *kempunan*
# Lebih bersikap sederhana
# Tidak boros



kotak music





entry DICEMBER 12
Sunday, 2 December 2012 . 5 word(s) .
assalammualaikum

Leka seketika. Menekan button di sekitar camera. Melihat aksi dan ragam manusia. Tak sangka banyak gambar yang aku dah tangkap. Sungguh comel. Kalau hendak dipendekkan cerita boleh tergelak aku di buatnya.

Tuhan uji lagi. Aku lemah. Aku juga tak sempurna seperti Nabi. Aku kuatkan semangat. Orang tua kata setiap jalan cerita pasti ada hikmahnya. Secekal dan setabah mana pun seorang wanita itu, pasti air mata yang di tahan selama ini akan mengalir juga. itu lah sifat wanita. Rapuh tersangat rapuh.

Aku berdiri di hadapan cermin. Membelek-belek wajah. Sempurna dan ada cacat celanya. Sepasang lesung pipit di kiri dan di kanan. Entah dari siapa aku warisinya. Hanya aku seorang yang memiliki keistimewaan ini dalam keluarga. Sebenarnya ada perkara yang kita tak tahu. Orang yang memiliki lesung pipit sebenarnya cacat, Tapi cacat cantik. hihi.  Alhamdulilah aku bersyukur dengan raut wajah sebegini. Cuma mungkin roman wajah yang serius membuatkan orang takut nak mendekati.




Ini aku. Tak secomel mana dan tak secantik mana. Aku tak boleh jadi diri orang lain. Aku tetap aku. Buat masa sekarang hati aku kosong macam lagu najwa latif *kosong kosong kosong* Di dalam hati aku, geloranya Allah yang tahu.

Kadang kadang hidup ini tidak seindah yang kita selalu impikan. Dulu sewaktu kecil kecil dulu aku selalu berangan menjadi seperti cinderella, bertuah dan mempunyai nasib yang baik seperti puteri dongeng itu. Membayangkan suatu hari nanti ada seorang putera raja datang dan melamar aku. haha. Aku selalu bermimpi begitu dan selalu berharap agar impian itu menjadi sebuah kenyataan.

Tapi impian itu cuma tinggal sebagai impian. Tak pernah sedikit pun aku merasa impian itu akan bertukar menjadi kenyataan dan dari saat itu aku mula sedar, tiada impian murni sebegitu yang boleh menjadi kenyataan. Mustahil . Terlalu mustahil untuk mencipta impian menjadi Cinderella.


sekian luahan hati 


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post