ceritera si gadis kecil

#insyaallah*
# Menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi cabaran & rintangan hidup
# Menjadi seorang yg lebih penyabar dan berani
# Menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab
# Menjadi mahasiswi form 6 dan tamat dengan pointer yang baik
# Memiliki lesen
# Memiliki kenderaan sendiri
# Dulu every month shopping, now 4 bulan SEKALI shopping
# Menjadi seorang isteri soleha terhadap suami dan anak *ehh?gurau*
# Menjadi seorang hamba allah yang taat kepada perintahnya.
# Menjadi seorang yg lebih matang & melakukan perkara jihad ke jalan NYA
# Menjadi seorang yang berfikiran luas dan positif
# Kurangkan tabiat menangis dan tabiat berangan
# Stay simple and awesome
# Buang sifat gedik gedik dulu
# Kurangkan tabiat buat lawak yang tak seberapa nak lawak
# Kurangkan pengambilan gula *melalut ni*
# Kurangkan tabiat keluar rumah.
# Dulu makan md chicken every week now SEBULAN sekali *kempunan*
# Lebih bersikap sederhana
# Tidak boros



kotak music





WANITA ISLAM kah aku ?
Thursday 31 January 2013 . 3 word(s) .
assalammualaikum,



 Hati ini tidak mahu berbicara lagi, memikirkan perasaan orang sekeliling untuk di jaga. Tapi hati aku . siapa nak jaga ? aku penat . rapuh kena tomahan. Aku sudah bilang. Berkali kali. Dalam hidup memang tiada peluang kedua. Sumpah. Aku sudah berusaha menjaga semuanya. Menjadi yang terbaik. Aku pohon, Jangan aku, kau hendak peralatkan seperti boneka. Enough. 

Tuhan, seandainya telah kau catatkan untuk aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu . Jika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar tidak terjatuh dalam jurang cinta kearah kemaksiatan, aamiin~

Aku tak pasti kenapa semenjak dua menjak ini fikiran aku melayang memikirkan tentang kematian. aku bingung. Andai kata ini merupakan petanda awal. aku pasrah dan aku redha.  semua orang yang hidup akan mati. Cuma yang membezakan adalah masa dan cara orang itu meninggal.

TUTORIAL VIDEO ?




Aku bukan kedekut nak kongsi ilmu dan aku juga bukan malas nak buat video. Cuma aku rasa rimas. bila updates video kat youtube. ada saja kutukan ini kutukan sana, kadang kala rasa nak tumbuk *debushh* dekat si komen komen yang pandai berbicara negatif. Insyaallah. Tak janji. Buat masa ini, masa mencemburui. nanti era akan buat video. 


 Kadang kadang bila aku naik Lrt terlihat gadis gadis yang bertudung labuh dan memakai purda. Dengan sekilat pantas aku memandang diri aku dari bawah hingga ke atas.  Betul ke cara aku berpakaian ni, ketat sangat ke, sopan ke tak. Hati aku seseolah-olah sedang meneka apa yang ada di fikiran aku. Tapi aku hanya mampu menunduk dan berdoa. Niat di hati mula berubah. aku tak pasti apa yang hati aku nak. aku nak berubah. menjadi wanita islam sebenar. Dulu yang aku tahu memakai tudung sudah mencukupi syarat untuk menjadi wanita islam. tapi sayang. Aku silap tafsir. SubhanaAllah. Tudung pada masa kini, aku nampak lebih kepada trend. kerana ramai gadis bertudung lebih kepada ikutan. Terutama perkembangan luar, yang memodenkan pemakaian hijab,

#Pada suatu ketika......

era : nazlen, form 6 boleh pakai purda tak ?

nazlen: *geleng kepala* kenapa era ?

era : hmm, hehe, nothing. i'm just asking.

Nazlen: cakap lah betul betul kenapa era ?

era: entahlah, era rasa dah sampai seruan. era nak berubah.

Nazlen: what ? era nak pakai purda ? GELAK BESAR.

era: Why ? pelik sangat ke ?

Nazlen:  memang sikit la.

era: It okey. i'm just asking

Nazlen:  okey *smile*

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Teringat kisah silam dulu

-kesalahan budak yang tak berapa nak matang-

* Dulu aku penggemar tegar baju bersinglet. Memang jadi kebiasaan aku. memakai baju bertalikan
 speggeti ni. Nauzubillah, kenapa dulu aku macam ni. menayang lengan, menayang itu, ini.rasa nak menangis pun ada

*Dulu, dengan penuh selambernya pergi tuisyen hanya memakai baju seperti tidak cukup kain ni.  kadang kadang sampai sir. tegur, tapi aku buat "derk". sebab dulu aku lebih selesa pakai macam ni.

Bila teringat kisah dulu, baru kita sedar entah banyak mana lah dosa yang telah kita buat kan. :'/ istifar era. istifar.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Berhijab satu tuntutan kerna Nabi Muhammad SAW bersabda: ' Bahawa anak perempaun apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan"

Terkenang kata-kata Ustaz Don Daniel, yang menyatakan: 
"Lilitlah tudung apa yang kamu nak pakai, asalkan tutup bawah paras dada, pakailah baju jenama apa pun, asal longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh badan keran Islam itu memelihara kaum wanita"

Thank you for reading



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post