ceritera si gadis kecil

#insyaallah*
# Menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi cabaran & rintangan hidup
# Menjadi seorang yg lebih penyabar dan berani
# Menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab
# Menjadi mahasiswi form 6 dan tamat dengan pointer yang baik
# Memiliki lesen
# Memiliki kenderaan sendiri
# Dulu every month shopping, now 4 bulan SEKALI shopping
# Menjadi seorang isteri soleha terhadap suami dan anak *ehh?gurau*
# Menjadi seorang hamba allah yang taat kepada perintahnya.
# Menjadi seorang yg lebih matang & melakukan perkara jihad ke jalan NYA
# Menjadi seorang yang berfikiran luas dan positif
# Kurangkan tabiat menangis dan tabiat berangan
# Stay simple and awesome
# Buang sifat gedik gedik dulu
# Kurangkan tabiat buat lawak yang tak seberapa nak lawak
# Kurangkan pengambilan gula *melalut ni*
# Kurangkan tabiat keluar rumah.
# Dulu makan md chicken every week now SEBULAN sekali *kempunan*
# Lebih bersikap sederhana
# Tidak boros



kotak music





Masih ingat Aku ?
Wednesday 23 January 2013 . 2 word(s) .
assalammualaikum,

awcakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!




      Apa khabar ? Sudah kumpul rindu ? blog ini kian hari kian menyepi kerna di abaikan . Hampir sebulan di tinggalkan. Saya ulang *Hampir sebulan * Laman sosial ini sudah pun bersawang. maaf berjuta kali. actually, memang takda topik nak updates. Bila tak nak updates banyak pula kerenah nak di cerita. okey owner blog ni masih budak sekolah, masih memakai baju sekolah, masih memakai kasut sekolah, dan yang paling penting saya masih pergi sekolah * apa kau merepek era? *


Seperti biasa, homework menimbun, tak lupa juga assigment yang sentiasa melengkapi hari hari ku. *perh ayat* kalau cikgu zawiah baca blog ni, mampuih den. mesti bangga. okey abaikan. Setiap isnin hingga jumaat merupakan rutin harian bangun pagi pergi sekolah. Jarak dari rumah ke sekolah tak da lah jauh mana. setakat gombak setia sampai taman air panas apa lah sangat. ni map nya. 




pertama kali untuk penggal yang kedua.

Perhatian semua, "ekhem ekhem," hehe. Buat kali pertamanya saya nak buat pengumuman dalam blog ni,
Dengar semua orang orang kampung. saya dengan rasa rendah diri ingin mengatakan saya masuk dalam acara ponggal. that all. #IniSemuaPoyo. Ini merupakan pengalaman baru dalam hidup. sebelum ni pernah dengar tapi tak mencuba.


"kita kena buat swimming pool kat situ, lepas tu buat highway 12 tingkat" -.- ada gaya arkitek tak ? haha


 10 minit kemudian *era cepat era cepat* terkebil-kebil nak lukis

Nampak tak betapa semangatnya kita orang ni.  60% hampir siap

haha, muka semua tak boleh cover da, nerves sangat. masa tinggal lagi 3 minit.
*cepat korang cepat korang * ya tuhan rasa nak tercabut jantung di buatnya. thank you so much to all my classmates yang sanggup stayback sampai pukul 4 lebih sebab nak support kita orang. i love you lah~



92 % hampir siap. masa tinggal lagi 1 minit. haaa sumpah kelam kelam kelam kabuttttt sesangat *yeehaa*
and finnally tak sempat nak habis kan. masa mencemburui. it okey. yang penting kerjasama and kita enjoy this game. Totally i'm really happy. thanks you guys. ecpecially, esther, kesa and kavitha *onemalaysiateam*



selepas  menabur beras tu.. kena lah explain. mak aihhhh . cik kiahh nerves tahap DUO tahu tak.
#another teams. seriusly semua lawa lawa semua.


========================================================================
*Pemenang telah di umumkan *
 Alhamdulilah, naib juara. rasa terharu sangat. macam tak percaya pun ada. sebab team lain semuanya hebat-hebat dan hasil dorang cantik berbanding team kita orang. walau bagaimanapun syukran :)


------------CAMERA. ROLL. ACTION------------

nampak tak muka menyerah dan pasrah ni ?

syuai and esther. heee. #teamgegelak
with my kesa. muka macam kajol kan ? pretty

*muka tak puas hati cenggini lah* eeeeee, shahdan !! dengan rasa rendah diri aku nak jadi tinggi macam kau. agak agak bila la aku nak jadi tinggi macam ni. hmm*sayu*

-Tamat-
====================================================================


#MukaPenatBaruBalikSekolah, sekian luahan cerita untuk hari ni. please dont miss me. *haha, perasan *
sekian terima kasih. salam rindu buat readers.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post