ceritera si gadis kecil

#insyaallah*
# Menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi cabaran & rintangan hidup
# Menjadi seorang yg lebih penyabar dan berani
# Menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab
# Menjadi mahasiswi form 6 dan tamat dengan pointer yang baik
# Memiliki lesen
# Memiliki kenderaan sendiri
# Dulu every month shopping, now 4 bulan SEKALI shopping
# Menjadi seorang isteri soleha terhadap suami dan anak *ehh?gurau*
# Menjadi seorang hamba allah yang taat kepada perintahnya.
# Menjadi seorang yg lebih matang & melakukan perkara jihad ke jalan NYA
# Menjadi seorang yang berfikiran luas dan positif
# Kurangkan tabiat menangis dan tabiat berangan
# Stay simple and awesome
# Buang sifat gedik gedik dulu
# Kurangkan tabiat buat lawak yang tak seberapa nak lawak
# Kurangkan pengambilan gula *melalut ni*
# Kurangkan tabiat keluar rumah.
# Dulu makan md chicken every week now SEBULAN sekali *kempunan*
# Lebih bersikap sederhana
# Tidak boros



kotak music





Bicara hati
Saturday 9 March 2013 . 0 word(s) .
assalammualaikum,

    Salam diberi dengan penuh kasih sayang. Sila jawab dengan penuh kasih sayang juga. Apa khabar ? ada rindu ? maaf. sekarang aku pula semakin sibuk, Entah apa yang aku sibukkan aku sendiri pun tak pasti. Sudah lama agaknya aku tidak menaip untuk entry blog aku sendiri. Buat masa sekarang aku kena queen control blog sekolah. pening kepala aku dibuatnya. Sedangkan aku tidak pernah terlepas untuk baca setiap entry blog orang lain.

Blog aku sudah berusang, sudah tiada pengunjungnya. Yang singgah hanya beberapa orang, yang dapat di hitung. Terima kasih kepada yang setia. Hai, ingat aku lagi ? Aku Era . Kau ? Mungkin ada yang terlupa. saja nak intro.  Sila jangan gelak... sebab hari ni aku sangat serious,

umur aku dah cecah lapan belas *setengah* masih bisa di gelar remaja ke ? ah sudah. okey aku masih mahu  di gelar remaja. Jiwa remaja terasa memberontak, Ahh gila. Abang mcd yang sangat kacak tadi kenyit mata dekat aku. K memang handsome. Terpikat. Sungguh. Bajunya, mukanya. fuhh. Package. "Tak payah mengada mengada lah kak, Stpm dulu" Pesan ibu, jaga maruah diri yang pasti.


Dunia ini penuh dengan pancaroba. Sungguh. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sambil merenung bintang di langit dan memeluk teddy bear pemberian nabila. Hati aku runsing. Sekejap pejam, sekejap celik. Ahh aku keluar bilik dan online twitter. sungguh aku bosan. penggang phone. nak text dia ke tak nak . aku tekan menu lalu ke messages. CREATE MESSAGE. aku type then aku delete. aku type aku delete balik. macam cicak kobeng betul. lalu batalkan niat. takpelah. bagi dia spent time dengan kawan kawan dia lebih. aku okey. jenis yang tak kisah. Selalunya kalau dia free baru dia text atau call . Bagus MR. A. ni sayang lebih ni :*

Nampak di luar aku senyum. Kepada semua orang, aku memang macam tu. senyum sampai habis urat pada rahang. Tapi dalam hati. Entah. Sedihnya aku bila aku tengok kau online. Aku sedih. Semua orang kau rindu. Semua orang  rindu kau. Memang adil. Tapi tidak rindu itu di tujukan pada aku. Kau janji dengan aku apa ? Tapi kau lupa. sudah la. kita cuba untuk terima kekurangan dan kelebihan.


next chapter : Sedih, bukan aku tapi hati aku. siapa nak pertanggungjawabkan . bukan kerna MR.A tapi kawan aku. Seorang kawan yang mencaci aku pakai baju sekolah. Kalau aku kaya macam kau sudah lama aku masuk kolej. Aku cuma sentap. Bukan sekali kau bikin aku melenting, tapi aku cuba istifar berulang kali setiap kali bertembung dengan kau. ye kau.  Aku masih tak mengerti hina sangat ke masuk tingkatan enam ni. apa lah beza sangat antara kolej berbanding tiingkatan enam. Mungkin cuma yang beza nya kos and cara pemakaian. Mungkin juga bagi kau  memang lucu umur tua bangka macam aku ni masih pakai baju sekolah. Tapi sekurang kurangnya kau respect and berbudi bahasa dengan aku sebagai seorang kawan. Nama kau cantik. tapi sayang tak secantik hati. Tak kesah lah sejauh mana kita belajar, di mana sekali pun kita belajar yang penting kesungguhan dan niat itu penting. aku sentiasa doakan agar hati kau sentiasa terbuka dan berubah. please girl :')

okeylah, magrib menjelma. salam sayang buat kalian. muah kiri muah kanan xoxo
assalammualaikum :*








Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post