ceritera si gadis kecil

#insyaallah*
# Menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi cabaran & rintangan hidup
# Menjadi seorang yg lebih penyabar dan berani
# Menjadi seorang anak dan kakak yang bertanggungjawab
# Menjadi mahasiswi form 6 dan tamat dengan pointer yang baik
# Memiliki lesen
# Memiliki kenderaan sendiri
# Dulu every month shopping, now 4 bulan SEKALI shopping
# Menjadi seorang isteri soleha terhadap suami dan anak *ehh?gurau*
# Menjadi seorang hamba allah yang taat kepada perintahnya.
# Menjadi seorang yg lebih matang & melakukan perkara jihad ke jalan NYA
# Menjadi seorang yang berfikiran luas dan positif
# Kurangkan tabiat menangis dan tabiat berangan
# Stay simple and awesome
# Buang sifat gedik gedik dulu
# Kurangkan tabiat buat lawak yang tak seberapa nak lawak
# Kurangkan pengambilan gula *melalut ni*
# Kurangkan tabiat keluar rumah.
# Dulu makan md chicken every week now SEBULAN sekali *kempunan*
# Lebih bersikap sederhana
# Tidak boros



kotak music





kenapa Hidup begini .
Wednesday, 22 May 2013 . 1 word(s) .
assalammualaikum

Hidup ini adalah pilihan. Hanya setiap pilihan pasti ada kesannya. Tidak sebarangan. Harus difikir masak-masak . sering berevolusi tentang diri sendiri. Bertanya mengenai hal-hal yang mebuatkan kita bahagia, senang,dan sedih. Hati ini sudah mula berevolusi. Sedikit demi sedikit perubahan diri. aku tak pasti. Tapi orang sekeliling memerhati. Iman ini sentiasa turun dan naik. ya allah...

Bilamana aku sedang menduduki peperiksaan dengan penuh tekun, aku betul- betul serious. Dalam kelas aku memang tak pernah kenal erti diam. Rasa macam nak menjerit hentak kepala sambil nyanyi lagu rasa sayang sayang hey. Paper perniagaan yang tak pernah senang bagi aku. Tinggal 5 minit sebelum kertas itu menjadi bahan maki hamun aku sendiri. Bermakna betul masa tu. Aku mula rasa rimas. kenapa STPM pada usia remaja ? phuih. tolong sedarkan diri . lima enam tahun lagi kau dah boleh kahwin. yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh paper semester dua dah habis. yeah bukan tanda suka. tanda sedih. rasa rabak. nak nangis. nangis sekuat hati. rasa nak lari kat padang sekolah and jerit sekuaaaaaaaaaaat hati. aku sayang MPM. kertas exam yang sangat ohsem sehingga jawapan aku tulis seolah-olah seperti aku tak belajar. yes. aku banyak main dalam kelas. gelak sini. gelak sana. permainan apa aku buat ni. ya allah. menyesal tak sudah.

Cuti semester 2 diberi masa dua minggu. apakah ini ? aku rasa tak adil. kenapa dua minggu ? aku perlu cuti yang panjang, dua atau tiga bulan ke. stresssssssssss tak bisa hilang dalam dua minggu. aku rasa nak peluk peluk je orang MPM ni. tapi bila aku fikir balik. MPM bagi cabaran. so why not kita tak boleh sahut cabaran tu. kalau nak mula dari senang je pun tak boleh. bak kata pepatah "bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian" cewahhh gitu. Junior lower form dok sebok tanya "kak era stpm ni susah tak"."susah tak form 6 ni?" aku rasa nak ambil microphone and buat annoucment dalam satu blok form six. "Mohon semua lower six berhenti form 6" Bagi aku stpm ni senang. bukan senang apa. senang failed. macam sebelum ni aku pernah cakap dengan my junior "student yang dapat form 6 memang ramai, tapi bila habis form 6 bilangan akan jadi "cipoet" bukan maksud nak menakut-nakutkan . tapi itu realiti. iman kuat ? just go and do it. semester satu yang ala ala relax seperti sedang berhoneymoon dalam kelas. semester dua ? ohh tidak.

Malam semalam. Aku duduk bersendiri , menyepi bagai mati laki. Aku gemar bersendiri. Buat benda yang orang tak suka buat. Malam ini gelap pekat, sejuk. Sambil menghirup milo panas. Setiap tajuk enrty aku reka dengan penuh emosi bagi blog aku yang lemah tak cukup vitamin supaya jadi hotties dan bergaya. Semester dua ni boleh dikatakan aku banyak menangis dalam kelas. aku rapuh. perkara remeh dianggap besar. Biar lah orang nak kata dah besar besar pun kuat menangis. Aku punya perasaan. kau ? sudahlah. Bila aku menangis tiada siapa yang mampu hentikan. melainkan aku.  Bila menangis semuanya dapat lepaskan. stress, kecewa, marah . sedih semuanya bercampur aduk. kau pernah rasa itu ? Habis mata rabak, konon bajet pergi sekolah pakai spec. Nak cover punya pasal. selalunya aku akan pakai spect dalam class. Tapi itu lah aku.

Ada satu ketika. Di mana mood aku yang boleh dikatakan mood yang tak boleh kawal emosi. habis rabak mata aku. mata aku bocor. Macam biasa. hehe. tiba tiba someone sit beside me and she ask me. "are you okey era ?" i dont know how to explain to her. tak mampu nak berkata. Peluk dia dengan seerat yang mampu. tiba tiba, "nah ini untuk era..." dengan mata rabak aku toleh ke arah kanan. ohhhmyygaddd why so sweet my dear. sesi drama peluk memeluk lagi. haha.


tadaaaaa. seee lawakan ? ni yang mata bertambah rabak. menangis sebab terharu. iloveyou my girl.

Okey lah. Nak siap pergi sekolah. Hari ni last paper Art. haa my fav subject. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak mau rabak rabak da. take care. Assalammualaikumwarahmatuallahiwarokatu.


LOVE
E






Thanks for reading :)




Older Post